Saturday, 17 December 2011

Jom ISTIKHARAH

Ya ALLAH..berikanlah aku petunjuk..
Agar keputusan yang ku pilih ini adalah yang terbaik bagiku..
Sesungguhnya,ENGKAU maha MENGETAHUI



ISTIKHARAH

Takdir langit menukar warna
Dari jingga ke kelam mata
Dalam jubah tanganku melata
Merunduk runtun terus meminta

Aku bercinta dalam dilema
Mencari yang tiada dijangka
Biar sakit yang kau sedia
Sepenuh jiwa aku redha

Adanya satu itu kelabu
Adanya satu itu pasti bertemu
Mahu aku bertanya Kau kirimkanlah
Mahu aku pada siapa Kau jelaskanlah

Istikharah.. Istikharah..
Pada-Mu ya tuhanku lepaskanlah aku
Dari tanya dan keliru
Istikharah.. Istikharah
Demi nama-Mu ya Allah

Aku sujud penuh menyembah
Berikan aku jawapannya
Biar sakit biar pahit
Yang diutus-Mu itulah kesempurnaanku

LAGU : RAZIN MESTICA
LIRIK : MASS MOHAMAD

Wednesday, 10 August 2011

~Ayat Seribu Dinar~


Maksudnya:

"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu"
(At-Talaaq 2 & 3)


~Doa kupanjatkan padaMU~


Friday, 5 August 2011

~Selamat Bertarawih~

Ringkasan Terawih 8 rakaat

Tarawih petama :
1st Rakaat - Al Takathur ("Alhakumuttakthur...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih kedua :
1st Rakaat - Al-Asri ("Wal 'Asri...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih ketiga:
1st Rakaat - Al-Humazah ("Wailullikulli humazah...")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Tarawih keempat :
1st Rakaat - Al-Fil ("Alam tarakai....")
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir pertama :
1st Rakaat - Al-A'la ("Sabbihismarabbikal A'la....").
2nd Rakaat - Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")

Witir kedua : Satu rakaat sahaja
- Bacaan Al-Ikhlas ("Kul huAllahu Ahad..")
sambung Al-Falaq ("Kul A'uzubirabbil Falaq)
sambung An-Nas ("Kul A'uzubirabbinnas")

Wednesday, 27 July 2011

Berjalan Tanpa Henti~

Bagaikan jauh jalan yang kutempuh,
Langkah demi langkah akan kugagah,
Hari demi hari berjalan tanpa henti, 
Yakinku ada sinar yang menanti, 
Bila dah bertemu arah, 
Yakin penuh pasrah,
Pada-Nya yang kuasa di kau berserah, 


Jika kau rebah, 
Jika kau kalah, 
Bersaksilah rahmat-Nya akan terserlah, 


Segala kepahitan segala keperitan, 
Terima bagai penghapus dosa,
Malang yang menimpa,
Duka yang melara, 
Mungkin di baliknya ada bahagia,


Jangan jangan berputus asa,
Dari rahmat-Nya Yang Maha Esa, 
Jangan jangan kita lupa, 
Ujian lumrahnya dunia.



Jejak Cita~


Berdiri aku disini
Menatap mentari terbit lagi
Membawa cahaya menerangi hari
dan saat itu masih ku nanti

Kita sama punya cita
Yang menunggu dihadapan sana
Biarpun berliku ditempuh jua
Cekal dan tabah azimat jiwa

Tika ujian datang menduga
Tiada berputus asa dan kecewa
Andainya rebah bangkit semula
Berserah mengharap RahmatNya

Sama melangkah seiringan
Mengejar sebuah impian
Dengan semangat keyakinan
Menuju ke arah kejayaan
Bertekad penuh keazaman
gemilangkan pasti digenggaman

Jangan lupa memohon padanya 
Tawakal boedoa sentiasa
Dialah penentu segala 
Apa dikurnia ada hikmahnya

Disana tiada jalan yang mudah
Hanya yang sabarkan terus melangkah
Berbekal keimanan didada
dan usaha pasti akan berjaya... Berjaya

Sunday, 24 July 2011

Harus Ada Visi & Misi~

Visi ialah apa yang kita mahu pada masa hadapan atau impian menerusi pemikiran realistik.
Misi pula merupakan sebab kewujudan kita di dunia.





VISI
Visi ISLAM                 : Mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.
Visi hidup di dunia    : Memiliki kemudahan dan keselesaan hidup.
                                     Memiliki ketenangan dan kebahagian(hati).
Visi hidup di akhirat : Mendapat keredhaan dan keampunan ALLAH.
                                     SYURGA yang abadi.

MISI
Misi hidup menentukan cara hidup,seterusnya,cara hidup menentukan cara mati. Jadi, betapa pentingnya cara hidup dan mencapai kecemerlangan di dunia.


Kecemerlangan dunia dicapai apabila kita memiliki keselesaan dan kemudahan,serta ketenangan dan kebahagiaan.


Tidak salah kita berusaha bekerja bersungguh-sungguh dalam mencari rezeki agar dapat memiliki kenderaan yang bagus,rumah yang selesa, serta makanan yang baik lagi halal.


Selain itu, ketenangan dan kebahagiaan spiritual juga hendaklah di ambil berat,agar beroleh keampunan ALLAH.


sumber: Mukmin Professional by Pahrol Mohd Juoi